Tuesday 18 August 2015

PELANCARAN DAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2015



TARIKH : 18 OGOS 2015
TEMPAT: DEWAN SK KUALA DURA
MASA : 8.00 PAGI

Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah dilancarkan bertempat di Dewan SKKD. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Nazaruddin Helmi bagi memberkati majlis. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar, En Abdul Rahman Bin Mat Rahim seterusnya merasmikan pelancaran sambutan hari kebangsaan 2015 peringkat Sekolah Kebangsaan Kuala Dura. Program diisi dengan deklamasi sajak kemerdekaan oleh Cikgu Mohamad Zapawi Bin Mamat.
Program diteruskan dengan beberapa buah rangkaian lagu patriotisme antaranya Jalur Gemilang, Tanggal 31, Keranamu Malaysia dan lagu tema Sehati Sejiwa. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Tanggal 31 sebagai pembakar semangat. Semoga program yang bakal dijalankan berupaya menyemarakkan sambutan pada tahun ini seterusnya menanam rasa bangga dan cinta akan negara dalam kalangan murid-murid SKKD.

No comments:

Post a Comment