Thursday 20 March 2014

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA...

SKK Dura- 18 Mac . Hari ini selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG sekolah ke 27.Perasmian disempurnakan oleh Pegawai Eksekutif Kanan, Pembangunan & Pengurusan Latihan, Akademi  Binaan Malaysia (ABM) Cawangan Timur  En Abdul Hamid Bin Md  Yahya mewakili Ketua Pegawai Operasi ABM yang tidak dapat hadir kerana mempunyai tugas di luar kawasan.
 
Mesyuarat kali ini telah menaikkan En Endut bin Mohamad b Deraman sebagai YDP baharu menggantikan En Mohd Nawai b Mohamad yng telah belasan tahun menerajui PIBG SKK Dura . Beliau telah bercadang berundur dari YDP PIBG kerana telah lama dan juga tiada anaknya yang bersekolah di sini sejak beberapa tahun yang lalu. Terima kasih kepada mantan YDP kita.
AJK Baharu...

Akhirnya, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mesyuarat kali ini , mantan AJK, Guru-guru, warga sekolah, penyumbang hamper dan semuanya.
Terima kasih