Sunday 3 June 2012


CUTI TERANCANG

Sempena cuti penggal persekolahan yang bermula 25 Mei 2012 , Sekolah Kebangsaan Kuala Dura telah merangka dan melaksanakan program cuti terancang bagi memastikan pelajar dapat mengisi masa cuti mereka dengan kegiatan yang bermanafaat. Program cuti terancang ini melibatkan semua guru dan pelajar tahun 4 , 5 dan 6. Subjek teras seperti Sains , Bahasa Melayu , Inggeris dan Matematik telah diajar kepada pelajar. Demi pengukuhan rohani pelajar subjek Pendidikan Agama Islam turut di ajar di dalam Program cuti terancang pada kali ini.



Kehadiran pelajar semasa program ini dilaksanakan adalah sangat baik dan poelajar memberi komitmen yang penuh





Program cuti terancang ini bermula dari seawal pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.30 tengahari.


Terimakasih atas komitmen guru yang sangat tinggi.

Wednesday 23 May 2012

MINGGU PEPERIKSAAN OTI 2 2012



Bermula 17 Mei 2012 , seramai 202 orang pelajar SKK Dura menghadapi peperiksaan OTI2 ( pertengahan   tahun ). Peperiksaan ini dijangka  selesai pada 24 Mei 2012. Kertas soalan telah disediakan oleh pihak JPNT meliputi semua matapelajaran .







 SUASANA DI DALAM KELAS SEMASA PEPERIKSAAN DIJALANKAN




Thursday 17 May 2012


SAMBUTAN HARI GURU SK KUALA DURA ,KUALA BERANG 2012

         
Sambutan hari guru peringkat Sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2012 . Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh wakil Pejabat Pelajaran Daerah Ustaz Tajudin . Majlis hari guru pada kali ini di mulakan dengan perhimpunan pagi di dewan sekolah dengan nyanyian Lagu Negaraku , Selamat Sultan dan Lagu Sekolah.
          Barisan penal guru Sekolah Kebangsaan Kuala Dura telah menyanyikan lagu ' Guru Malaysia' dan lagu tema hari guru 2012 sebagai simbolik bermulanya sambutan hari guru peringkat sekolah.
Menurut gurubesar Sekolah Kebangsaan Kuala Dura , beliau sangat berpuashati dengan sambutan hari guru pada kali ini dan mengganggapnya sebagai sangat meriah dan berjaya mencapai matlamat sambutan.




Para pelajar teruja mendengar pembacaan perutusan sempena hari guru 2012



 Sebelah pagi pelajar dan guru dihidangkan dengan acara dewan



Bakal pemimpin masa hadapan


Gurubesar Sekolah Kebangsaan Kuala Dura En Wan Afandi b Wan Othman



 Barisan panel guru SKKD 2012 bergambar kenangan




 Acara padang dimulakan dengan persembahan silat oleh pelajar SKKD



 Antara sukaneka yang dipertandingkan " Bowling Padang "



 Persembahan dari pelajar Pra SKKD



Gurubesar bersama warga guru menyertai sukaneka


PEMANTAUAN SARINGAN KHAS LITERASI (LINUS) TAHUN 2




Pada 15 Mei 2012 , pihak Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu telah membuat pemantauan terhadap ujian saringan khas literasi tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Kuala Dura. Menurut pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah En Rosmadi Ngah beliau amat berpuashati dengan kelancaran perjalanan ujian tersebut di sekolah Kebangsaan Kuala Dura.