Saturday 26 October 2013



KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN SKKD 2013

Dengan kerjasama semua warga SKKD tanpa mengira penat dan lelah  telah dapat memastikan Kejohanan Sukan dan Balapan 2013 dapat berlangsung dengan jayanya. Aktiviti sukan kali ini melibatkan semua pelajar dari Pra sekolah hingga Tahun 6 Kejohanan yang bermula pada 8 Oktober telah berlansung selama 3 hari. Tahniah kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian dalam setiap acara.Tahniah juga kepada rumah hijau yang menjadi johan keseluruhan.



Guru menunjuk bakat menggolek bola Hoki



Pelajar Pra menyertai acara lempar pundi kacang


acara balapan 4 x 100 meter


Acara lompat tinggi













































PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

Bertempat di padang SKKD bermula 21 September telah berlangsung aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform yang melibatkan 3 unit beruniform antaranya Pengakap , Puteri Islam dan TKRS. Perkhemahan ini melibatkan pelajar tahun 4 , 5 dan 6.






Persiapan bahagian peralatan yang meredah semak dan belukar bagi menjayakan perkhemahan kali ini.



Jawatan Kuasa keselamatan yang bertugas sepanjang masa perkhemahan









Aktiviti untuk ibubapa juga diselitkan bagi melibatkan ibubapa dalam program Perkhemahan kali ini. 3 buah kampung telah berentap dalam pertandingan masakan.



Malam Kebudayaan


Antara masakan yang dipertandingkan.



Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Ibubapa turut membantu dalam menjayakan perkhemahan kali ini.



GOTONG ROYONG DAN CERAMAH KESIHATAN

Pada 22 Ogos 2013 , warga SKKD telah menjalankan aktiviti gotong royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk terutamanya nyamuk aedes.Seluruh kawasan dan persekitran sekolah telah digeledah dan segala tempat yang boleh menakung air telah dibuang. Aktiviti setrusnya adalah ceramah BAHAYA DENGGI oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu.




Pegawai dari Jabatan Kesihatan sedang menyampaikan Taklimat Bahaya Denggi


Pameran yang turut diadakan





Murid sedang didedahkan dengan bahaya denggi


















MATLAMAT DAN HALA TUJU REMAJA

Program PASCA UPSR kali ini menjemput Ustaz Muhammad Hagia Sofia Bin Mohd dari SK Kuala Brang dalam slot Matlamat dan Hala Tuju Remaja. Semoga semua pelajar SKKD terutama pelajar tahun 6 dapat menjadikan segala nasihat dan tunjukajar serta pendedahan dari Ustaz sebagai bekalan dan pedoman yang berguna dalam menempuh alam REMAJA yang penuh berliku dan cabaran.















MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADHAN 2013

Pada 26 Ramadhan 1434 H bersamaan 04 Ogos 2013 SKKD telah mengadakan satu Program Penutup Ihya Ramadhan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKKD En.Suhaimi bin Said. Majlis ilmu ini dipenuhi dengan bicara agama , bacaan Al Quran dan bantuan kepada pelajar yang kurang bernasib baik semoga ceria menyambut Aidilfitri yang akan menjelma.