Thursday 9 April 2015

PROGRAM 'TAK NAK MEROKOK' CERAMAH KESIHATAN ANJURAN BERSAMA JAWATANKUASA KESIHATAN SKKD DAN PANITIA  PENDIDIKAN KESIHATAN SKKD DENGAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU TERENGGANU.


TARIKH : 8 APRIL 2015 ( RABU)
TEMPAT : DEWAN SKKD
PENCERAHAH : DR RAZMIN DARI KLINIK KESIHATAN AJIL

Gejala merokok yang menular dalam masyarakat kita pada hari ini telah memberi kesan yang negatif kepada pelajar sekolah .Rata -rata  pelajar di sekolah menengah pada hari ini terutamanya pelajar lelaki. Namun begitu,pelajar lelaki di sekolah rendah juga telah dipengaruhi dengan gejala ini.Walaupun,bilangannya masih rendah tetapi jika tidak dibendung akan membawa parah.

Jesteru itu,pihak pengurusan SKKD telah berbincang bagi menangani masalah ini dan bersetuju mengadakan program bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu.
Allahamdulillah,SKKD mendapat respon yang positif daripada pihak PKDHT.
Lanjutan daripada itu,satu sesi ceramah telah berjaya diadakan pada hari ini.Pihak PKDHT juga telah mengedarkan risalah atau pamplet yang berkaitan dengan gejala rokok ini.
kami daripada SKKD mengucapkan ribuan terima kasih kepada PKDHT dan kerjasama ini akan diteruskan dengan mengadakan program lain pula.

Bagi pihak pelajar pula dilihat menumpukan perhatian yang begitu baik semasa sesi ceramah.Pihak kami berharap ilmu dan pengetahuan yang ditimba pada hari ini dapat disampaikan kepada ibu bapa apabila pulang ke rumah nanti insyaallah...

kesan-kesan merokok















No comments:

Post a Comment