Tuesday, 18 August 2015

PELANCARAN DAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2015



TARIKH : 18 OGOS 2015
TEMPAT: DEWAN SK KUALA DURA
MASA : 8.00 PAGI

Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah dilancarkan bertempat di Dewan SKKD. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Nazaruddin Helmi bagi memberkati majlis. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar, En Abdul Rahman Bin Mat Rahim seterusnya merasmikan pelancaran sambutan hari kebangsaan 2015 peringkat Sekolah Kebangsaan Kuala Dura. Program diisi dengan deklamasi sajak kemerdekaan oleh Cikgu Mohamad Zapawi Bin Mamat.
Program diteruskan dengan beberapa buah rangkaian lagu patriotisme antaranya Jalur Gemilang, Tanggal 31, Keranamu Malaysia dan lagu tema Sehati Sejiwa. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Tanggal 31 sebagai pembakar semangat. Semoga program yang bakal dijalankan berupaya menyemarakkan sambutan pada tahun ini seterusnya menanam rasa bangga dan cinta akan negara dalam kalangan murid-murid SKKD.

Tuesday, 11 August 2015

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN
 

TARIKH     : 11 OGOS 2015 (SELASA)
TEMPAT    : DEWAN SKKD
MASA         : 11.00 PAGI

Ceramah motivasi keibubapaan telah berjaya diadakan  pada hari ini. Allahamdulillah dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Dr(H) Wan Rozeb bin Wan Salleh sedikit sebanyak telah menyuntik semangat kepada para ibu bapa dan murid-murid Tahun 6.Diharap program ini mendapat manafaat yang amat berguna selari dengan hasrat SSKD untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang terutamanya pelajar 5 A dalam UPSR 2015.

Terima kasih kepada penceramah,ibu bapa guru-guru dan murid-murid tahun 6.Syabas dan tahniah.Terima kasih.










SISIPAN  BULETIN SKKD
MAJLIS PENYAMPAIAN ID VLE FROG KEPADA
MURID TAHAP 1
 
TARIKH : 9 OGOS 2015 (AHAD)
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN
MASA : 8.00 PAGI
 
 
 
Matlamat  utama majlis penyampaian id pengguna Vle Frog  ini adalah untuk menambah aktiviti
program Frog di SKKD.Diharapkan supaya murid-murid akan mengingati id pengguna masing-masing.Pihak jawatankuasa Vle Frog telah membuat inisiatif supaya id pengguna ini dibuat dalam bentuk penanda buku yang menarik. Oleh itu,murid-murid sentiasa mengingati id masing-masing di sekolah mahupun di rumah. Mereka dapat mengakses aplikasi frog di mana-mana.
 
      Pihak jawatankuasa juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar (Tuan Haji Abd Rahman bin Mat Rahim ) kerana sudi menyempurnakan majlis.Kami berharap supaya aktiviti ini akan mendapat sokongan dan menambah minat para pelajar dan guru-guru.Terima kasih juga kepada semua guru dan staff yang terlibat dalam menjayakan program ini.
 
 
 







MAJLIS PENYAMPAIAN ID VLE FROG KEPADA PELAJAR TAHAP 1 DAN GURU KELAS

 
 
 

 

Thursday, 6 August 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH SK KUALA DURA

                                   SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SK KULA DURA 
TARIKH: 25 JULAI 2015 (SABTU)
 
 
 







 
SEMOGA KEMERIAHAN INI BERKEKALAN DAN CERIA SELALU
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, 7 July 2015


Memperkasakan Transformasi Pendidikan

 - Pengertian.(Memperkasa : memperkukuh,memantap. Transformasi : Perubahan, anjakan. Pendidikan : Proses membangun insan dan pengurusan pendidikan.) Selari dengan prinsip ke lapan TTB (Transformasi Terengganu Baharu) dan PPPM.(Plan Perancangan Pendidikan Malaysia)
  • Transformasi PdP (Kurikulum)
  • Transformasi Kemenjadian Murid
  • Transformasi Pengetua dan Guru Besar
  • Transformasi Sekolah
  • Transformasi Guru
  • Transformasi JPN
    • Sikap - think of positive
    • Keterampilan termasuk dalaman
    • Patuh dan taat kpd ketua
    • Ikhlas
    • Kerja berpasukan
    • Hubungan antara kita
    • Kreativiti dan inovasi dalam kerja buat kita

    Wednesday, 10 June 2015

    Memperkasakan Pendidikan Terengganu

    6 Fokus Pendidikan Terengganu yang dilancarkan oleh Pengarah Pendidikan Terengganu pada 28 Mei 2015 lalu.


    i.  TRANSFORMASI PdP
         

    ii..KEMENJADIAN MURID


    iii.TRANSFORMASI GURU


    iv.TRANSFORMASI PGB


    v.TRANSFORMASI SEKOLAH


    vi.TRANSFORMASI JPNT

    Wednesday, 20 May 2015

    SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH KUALA DURA 2015
     
    TARIKH : 18 MEI 2015
    HARI       : ISNIN
    DEWAN SKKD
    TEMA : GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
     
     
    ALLAHAMDULILLAH SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SKKD 2015 TELAH BERJALAN DENGAN LANCAR.SAMBUTAN PADA HARI INI TIDAK KURANG MERIAHNYA BERBANDING DENGAN TAHUN - TAHUN SEBELUMNYA.ATUR CARA SAMBUTAN DI DAHULUI DENGAN MAJLIS BACAAN PERUTUSAN OLEH MENTERI PELAJARAN,KETUA PENGARAH PELAJARAN DAN PENGARAH PENDIDIKAN TERENGGANU.MURID-MURID BERHENTI REHAT SELAMA 30 MINIT DAN DISAMBUNG DENGAN AKTIVITI GURU IAITU AKTIVITI DALAMAN (INDOOR GAMES)
    SEBANYAK 5 STESEN DISEDIAKAN OLEH PIHAK URUSETIA IAITU STESEN MENGUPAS BAWANG, STESEN MUSANG BERJANGGUT,STESEN TEH TARIK,STESEN KUKUR KELAPA DAN CIPTA KREATIF.MAJLIS PERTUKARAN HADIAH DAN PERSEMBAHAN MURID-MURID UNTUK GURU MENYUSUL SELEPAS ITU.
    SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA GURU-GURU SELAMAT HARI GURU ,TERIMA KASIH CIKGU DAN SAYA SAYANG CIKGU SAYA.
     
     

    LAGU GURU MALAYSIA

    TEH TARIK CORNER

    IKRAR GURU

    USTAD MARZUKI TEKUN MENGGOPEK KELAPA

     

    MURID-MURI TEKUN MENDENGAR BACAAN PERUTUSAN

    BACAAN PERUTUSAN OLEH GB

    MAJLIS BACAAN PERUTUSAN

    BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL QURAN
    KUKUR JANGAN TAK KUKUR
    NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA DENGAN BERSEMANGAT

     

    USTAD KUKUR KELAPA CLASS

    GB MENGGOPEK KELAPA MENGGUNAKAN GIGI KUATNYE

    STESEN MUSANG BERJANGGUT
    BANNER TAHUN INI


    REKA KREATIF

    DEKLAMASI SAJAK OLEH MURID

    PERSEMBAHAN NYANYIAN OLEH ADIK HAIKAL

    SUARA EMAS DARIPADA POK JOHN

    PERSEMBAHAN LAKONAN OLEH MURID TAHUN 6


    Sajak

    SELAMAT HARI GURU ,CIKGU

     
    Hari guru hari perayaan cikgu
    Hari mengenang jasa cikgu cikgu
    Cikgu tidak meminta hadiah
    Sebesar rumah batu
    Memadai lagi berbesar hati
    Murid murid mengup
    Selamat Hari Guru
    dan
    Terima Kasih Cikgu
     
    Hari ini hari guru
    Berselawat serta bersalamlah
    Dengan semua cikgu
    Tanda mengingati budi bakti cikgu
    Pada sekelian murid-murid
    Hadiahlah kecemerlangan
    Pada peperiksaan
    Tanda membalas budi cikgu
     
    Selamat Hari Guru
    Terima Kasih Cikgu
    


    Nukilan Halim Azmuda
     

    Monday, 27 April 2015

    TAHNIAH KEPADA HAZIQ ATAS KEJAYAAN MERANGKUL NAIB JOHAN BAGI PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU 2015.




    PERTANDINGAN PIDATO PADA  22 APRIL 2015
    BERTEMPAT DI SK PAUH


    HAZIQ MENERIMA PIALA DARIPADA PUAN HAITI WAKIL PPD SELAKU NAIB JOHAN PERTANDINGAN PIDATO DAERAH 2015




    PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 
    TARIKH  : 19 HINGGA 23 APRIL 2015
    TEMPAT : KELAS,MAKMAL KOMPUTER DAN DEWAN SKKD


    PROGRAM MEMBACA BUKU

    AKTIVITI ULAT BUKU


    GURU BESAR MENYAMPAIKAN UCAPAN 

    AKTIVITI DALAM KELAS




    AKTIVITI MEWARNA TAHAP SATU