Ahad-Di Dewan Gemilang SK Kuala Dura pagi ini 26 Jan telah berlaku majlis di atas.
Penyampaian dan perasmian majlis dilakukan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu Kpl Ab.Rahman b Jusoh. Dalam ucapan perasmian, beliau murid-murid perlu menanam nilai-nilai murni dan disiplin yang tinggi agar dapat bertanggung jawab kepada ibu bapa ,agama dan negara.Beliau juga meminta murid-murid tidak melibatkan diri dalam perbuatan jenayah kerana boleh menggelapkan masa hadapan.
Sunday, 26 January 2014
Wednesday, 22 January 2014
Saturday, 26 October 2013
KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN SKKD 2013
Dengan kerjasama semua warga SKKD tanpa mengira penat dan lelah telah dapat memastikan Kejohanan Sukan dan Balapan 2013 dapat berlangsung dengan jayanya. Aktiviti sukan kali ini melibatkan semua pelajar dari Pra sekolah hingga Tahun 6 Kejohanan yang bermula pada 8 Oktober telah berlansung selama 3 hari. Tahniah kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian dalam setiap acara.Tahniah juga kepada rumah hijau yang menjadi johan keseluruhan.
Guru menunjuk bakat menggolek bola Hoki
Pelajar Pra menyertai acara lempar pundi kacang
acara balapan 4 x 100 meter
Acara lompat tinggi
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013
Bertempat di padang SKKD bermula 21 September telah berlangsung aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform yang melibatkan 3 unit beruniform antaranya Pengakap , Puteri Islam dan TKRS. Perkhemahan ini melibatkan pelajar tahun 4 , 5 dan 6.
Persiapan bahagian peralatan yang meredah semak dan belukar bagi menjayakan perkhemahan kali ini.
Jawatan Kuasa keselamatan yang bertugas sepanjang masa perkhemahan
Aktiviti untuk ibubapa juga diselitkan bagi melibatkan ibubapa dalam program Perkhemahan kali ini. 3 buah kampung telah berentap dalam pertandingan masakan.
Malam Kebudayaan
Antara masakan yang dipertandingkan.
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Ibubapa turut membantu dalam menjayakan perkhemahan kali ini.
GOTONG ROYONG DAN CERAMAH KESIHATAN
Pada 22 Ogos 2013 , warga SKKD telah menjalankan aktiviti gotong royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk terutamanya nyamuk aedes.Seluruh kawasan dan persekitran sekolah telah digeledah dan segala tempat yang boleh menakung air telah dibuang. Aktiviti setrusnya adalah ceramah BAHAYA DENGGI oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu.
Pegawai dari Jabatan Kesihatan sedang menyampaikan Taklimat Bahaya Denggi
Pameran yang turut diadakan
Murid sedang didedahkan dengan bahaya denggi
Subscribe to:
Posts (Atom)






































.jpg)







