Wednesday, 22 January 2014
Saturday, 26 October 2013
KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN SKKD 2013
Dengan kerjasama semua warga SKKD tanpa mengira penat dan lelah telah dapat memastikan Kejohanan Sukan dan Balapan 2013 dapat berlangsung dengan jayanya. Aktiviti sukan kali ini melibatkan semua pelajar dari Pra sekolah hingga Tahun 6 Kejohanan yang bermula pada 8 Oktober telah berlansung selama 3 hari. Tahniah kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian dalam setiap acara.Tahniah juga kepada rumah hijau yang menjadi johan keseluruhan.
Guru menunjuk bakat menggolek bola Hoki
Pelajar Pra menyertai acara lempar pundi kacang
acara balapan 4 x 100 meter
Acara lompat tinggi
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013
Bertempat di padang SKKD bermula 21 September telah berlangsung aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform yang melibatkan 3 unit beruniform antaranya Pengakap , Puteri Islam dan TKRS. Perkhemahan ini melibatkan pelajar tahun 4 , 5 dan 6.
Persiapan bahagian peralatan yang meredah semak dan belukar bagi menjayakan perkhemahan kali ini.
Jawatan Kuasa keselamatan yang bertugas sepanjang masa perkhemahan
Aktiviti untuk ibubapa juga diselitkan bagi melibatkan ibubapa dalam program Perkhemahan kali ini. 3 buah kampung telah berentap dalam pertandingan masakan.
Malam Kebudayaan
Antara masakan yang dipertandingkan.
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Ibubapa turut membantu dalam menjayakan perkhemahan kali ini.
GOTONG ROYONG DAN CERAMAH KESIHATAN
Pada 22 Ogos 2013 , warga SKKD telah menjalankan aktiviti gotong royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk terutamanya nyamuk aedes.Seluruh kawasan dan persekitran sekolah telah digeledah dan segala tempat yang boleh menakung air telah dibuang. Aktiviti setrusnya adalah ceramah BAHAYA DENGGI oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu.
Pegawai dari Jabatan Kesihatan sedang menyampaikan Taklimat Bahaya Denggi
Pameran yang turut diadakan
Murid sedang didedahkan dengan bahaya denggi
MATLAMAT DAN HALA TUJU REMAJA
Program PASCA UPSR kali ini menjemput Ustaz Muhammad Hagia Sofia Bin Mohd dari SK Kuala Brang dalam slot Matlamat dan Hala Tuju Remaja. Semoga semua pelajar SKKD terutama pelajar tahun 6 dapat menjadikan segala nasihat dan tunjukajar serta pendedahan dari Ustaz sebagai bekalan dan pedoman yang berguna dalam menempuh alam REMAJA yang penuh berliku dan cabaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)































.jpg)











