Sunday, 29 March 2015

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SEKOLAH-SEKOLAH
DAERAH HULU TERENGGANU

TARIKH : 9,10,11 DAN 12 APRIL 2015


Adik Afiq Ruzain telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara  lompat jauh L 11.
manakala Che Wan Ismahani Qamiela telah berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara 100 meter P12. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua atlet sekolah kita.







 Terima kasih kepada jurulatih dan semua warga SKKD yang bersama-sama menyumbang tenaga dalam kejohanan kali ini.Begitu juga kepada atlet-atlet lan yang tidak berjaya supaya teruskan semangat kesukanan.

Thursday, 26 March 2015

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 
SK KUALA DURA 2015

TARIKH : 01.03.2015 (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SKKD

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana diberi kelancaran untuk  Majlis Pelancaran Program NILAM SKKD 2015.

Tahniah kepada saudara Afham Haziq bin Abdul Hamid kerana berjaya dalam pertandingan anugerah NILAM peringkat daerah.





Friday, 4 April 2014

MTQ Peringkat KDSR2 Th 2014

SKK Dura- 31 Mac 2014 lalu MTQ Peringkat KDSR2 telah selesai dijalnakan dengan lancarnya. Program bagi mengasah bakat murid dalam bidang tilawah al Quran, hafazan, bercerita kisah dalam al Quran juga bernasyid.
     Terima kasih kepada semua AJk, Pengelola, hakim-hakim, guru-guru, peserta-peserta dan sesoapa sahaja yang membantu dalam menjayakan MTQ KDSR2 ini. Terima kasih kepada Gb yang hadir dan juga yang tidak dapat hadir.
     Kalau ada kekurangan bagi pihak tuan rumah/ pengelola, SKK Dura, lupakan semua, tak perlu ulasan tentang kekurangan.Terima kasih.
































































Thursday, 20 March 2014

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA...

SKK Dura- 18 Mac . Hari ini selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG sekolah ke 27.Perasmian disempurnakan oleh Pegawai Eksekutif Kanan, Pembangunan & Pengurusan Latihan, Akademi  Binaan Malaysia (ABM) Cawangan Timur  En Abdul Hamid Bin Md  Yahya mewakili Ketua Pegawai Operasi ABM yang tidak dapat hadir kerana mempunyai tugas di luar kawasan.
 
Mesyuarat kali ini telah menaikkan En Endut bin Mohamad b Deraman sebagai YDP baharu menggantikan En Mohd Nawai b Mohamad yng telah belasan tahun menerajui PIBG SKK Dura . Beliau telah bercadang berundur dari YDP PIBG kerana telah lama dan juga tiada anaknya yang bersekolah di sini sejak beberapa tahun yang lalu. Terima kasih kepada mantan YDP kita.
AJK Baharu...

Akhirnya, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mesyuarat kali ini , mantan AJK, Guru-guru, warga sekolah, penyumbang hamper dan semuanya.
Terima kasih